Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan wasatha. Yang bermaksud umat yang Terbaik. Wasatha juga bermaksud Adil seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.
Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil
Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan juga perlu yang terbaik dan adil.





